Wednesday, August 29, 2012

cermin

Salam, penduduk Bumi semuanya!

Post kali ni akan ditulis dalam bahasa Melayu.
Sebabnya, takut lari maksud sebab penulis dengar pengisian ni dalam bahasa Melayu.

Sebelum tu, nak beritahu bahawa penulis insyaAllah akan terbang ke Ireland minggu depan. (esok baru tahu tarikh yang tepat)
Jadi, nak mintak semua penduduk penduduk Bumi yang baca blog ini, atau spesifiknya, post kali ini, untuk doakan penulis " selamat pergi dan selamat balik, semoga berjaya mengenggam segulung ijazah dalam bidang Medicine "
:)

Kembali kepada tujuan asal kita.
Ketika sedang duduk duduk dekat kedai Mamak bersama ibu dan abah, sambil menikmati roti Naan bersama kari dan ayam tandoori, *telan air liur* abah mula meninggalkan amanat amanat yang tak berapa nak terakhir. ( A/N penulis pasti banyak lagi amanat yang belum dan bakal diturunkan )

Dalam banyak banyak yang abah cakap, penulis terkesan dengan satu cerita yang abah kongsi dan sekarang, penulis sangatlah berminat untuk berkongsi dengan penduduk penduduk Bumi sekalian.
Ceritanya tentang penagih dadah.

Abah cerita, penagih penagih dadah umur 70-80 tahun, diorang sedih tengok generasi muda sekarang ni, ikut jejak langkah diorang, hisap dadah.
Walhal, dah trangtangtang, depan mata, apa akibat kalau sekali hisap, takkan ada berpusing balik. ( baca: there's no turning back. )
Dan akhirnya, duduk merempat, badan kurus kering, dikeji masyarakat, tersisih daripada keluarga dan boleh dikatakan tak ada masa hadapan langsung.
Dan abah cerita, memang diorang ( penagih penagih dadah 70-80 tahun ni ) sangat menyesal perbuatan diorang hisap dadah dulu.
Tapi tu dulu, tu masa diorang takde panduan, takde cermin nak tunjuk apa akibat kalau diorang buat camni, camni, camni…
Diorang lah peneroka pertama dalam penagihan najis dadah ni.
Jadi, diorang tak expect hidup diorang akan jadi camtu.
Pada diorang, diorang nak rasa macammana rasa khayal, seronok2..
Tapi malang sekali, semua tu sekejap je, jangka masa pendek.
Namun, akibat buruk daripada menghisap dadah memberi kesan jangka masa yang sangat panjang.
Jadi, sangat bodohlah, orang orang sekarang yang masih gatal gatal tangan, buat buat buta mata, cuba hisap dadah, walaupun dah tahu dan nampak depan mata akibat hisap dadah yang sangat azab tu.

Jadi sama konsep yang digunakan dalam perjalanan penulis ke negara orang nanti.
Abah cakap bukanlah cik penulis yang jadi peneroka pertama belajar, menjejakkan kaki ke Ireland.
Berpuluh puluh ribu malahan mungkin mencecah ratus ribuan orang yang pernah ke Ireland, tak kiralah untuk tujuan belajar, menetap di sana atau sekadar pergi untuk bercuti.
Titik bawahnya ( baca: the bottom point is ) penulis mempunyai banyak cermin cermin yang boleh dijadikan panduan sepanjang hidup kat sana.
Sebelum buat apa apa, tengok dulu cermin tu.
Cermin tu retak seribu ke, dah kelabu ke, atau masih bersinar sinar bak sang mentari yang menyinar di pagi hari ( chewahhh ) 
Mestilah nak ikut cermin yang masih elok, berseri seri, boleh digunakan tanpa was was untuk dijadikan panduan kan?
Jadinya, tak perlulah risau sangat bila nak pergi negara orang tu.
Cuma pastikan pandai jaga diri, fikir masak masak sebelum buat sesuatu keputusan, dan pandai pilih cermin…

Setakat itu sahaja..

Assalamualaikum
^^ 

No comments: